Keberangkatan Tiba YDPA & Raja Permaisuri Di LTAM

5 April – Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena lawatan dua hari ke Negeri Melaka, bermula hari ini.

Pesawat khas membawa Seri Paduka Baginda berdua berserta pengiring selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam, di sini, jam 11.56 pagi tadi.

Ketibaan Baginda berdua disambut Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Hadir menyambut ketibaan pasangan Diraja itu Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Zuriyah Abd Aziz, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari serta barisan Exco.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#Agong
#YDPA
#LTAM
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

30 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy