Agong, Permaisuri Mencemar Duli Melawat Melaka

5 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli tiba ke negeri Melaka, hari ini.

Terdahulu, baginda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam jam 11.56 pagi tadi disambut Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Zaidi Johari dan barisan Exco kerajaan negeri Melaka.

Pada sebelah petang, baginda kemudiannya mengunjungi Bazar Ramadan Peringgit dan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di sana.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah turut berkenan menunaikan solat Maghrib selepas Majlis pemasyhuran Masjid Ar-Razzaaq dan Majlis Santapan Berbuka Puasa di Masjid Ar-Razzaaq di Pasir Puteh, Bachang, hari ini.

Turut mengiringi baginda anakanda Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah,  Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Al-Sultan Abdullah.

Merafak sembah!

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#Agong
#YDPA
#MerafakSembah
#DaulatTuanku
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

38 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy