RM150 Ribu Untuk Bawa Pulang Pakcik Kamis Dari Mekah

3 April – “Suami koma selama lapan hari, meskipun sudah sedar, keadaannya masih kritikal dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.” kata Jaliah Yusof isteri kepada Kamis Ahmad jemaah yang terkandas di  sebuah hospital di Mekah, Arab Saudi.

“Saya dan empat ahli keluarga pulang ke Malaysia pada 15 Mac seperti dijadualkan, dua hari kemudian anak kedua kami ke Mekah untuk temankan bapanya,” katanya yang memerlukan dana kos hospital yang meningkat dan kos untuk membawa pulang sebanyak RM150 ribu.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun Maybank anak pasangan ini, Syahmi Ammar Kamis di nombor 554035429281.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#Bantuan
#JemaahTerkandas
#Mekah
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

35 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy