“Saya Manusia Biasa, Tak Silap Dari Kesilapan” KM Melaka

28 Mac – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali memohon maaf seandainya terdapat kekurangan sepanjang beliau memimpin Kerajaan Negeri ini kerana menurutnya apa saja bentuk keputusan yang diputuskan dalam Kerajaan Negeri adalah di bawah tanggungjawabnya.

“Jika ada SMS tidak dijawab, Whatsapp tidak dijawab, ada janji-janji yang belum lagi saya dapat lunaskan, saya memohon ampun dan maaf,” tambahnya.

Terdahulu, beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan Parlimen Alor Gajah 2023 kepada 150 rakyat kurang berkemampuan di Kompleks Japerun Rembia hari ini.

Hadir sama, Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#TokLeman
#KerajaanNegeriMelaka
#ParlimenAlorGajah
#Ramadan2023
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

115 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy