Majlis Santunan Kasih Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2023

27 Mac – Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang hadir ke Majlis Santunan Kasih Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2023 meraikan seramai 1,500 umat Islam terdiri daripada pelajar tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat dalam majlis berbuka puasa diadakan di Masjid Jamek Ar-Rahman, Kampung Pulai, hari ini.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada lapan pusat tahfiz dan sumbangan duit raya, selain mengagihkan lima geran daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM60,000.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#MajlisSantunanKasihRamadan
#Ramadan2023
#KampungPulai
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

36 views

Shares