TYT Buka Tirai Sidang DUN Melaka Ke-15 Hari Ini

13 Mac – Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas dirasmikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini.

Terdahulu, Tun Mohd Ali bersama isteri Toh Toh Puan Asmah Abdul Rahman tiba di pekarangan Seri Negeri pada jam 9.48 pagi.

Ketibaannya disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari.

Alunan lagu Negaraku dan Melakaku Maju Jaya dipersembahkan oleh Brass Band Rejimen Ke-2 Kor Amor Diraja Kem Sunggala Port Dickson sewaktu ketibaan Tun Mohd Ali.

Sidang DUN kali ini berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan akan berakhir pada Khamis (16 Mac).

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#SidangDUN
#DUNMelaka
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

6 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy