Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Melaka Penuh ‘Perpaduan’

24 Jan – Dianggarkan lebih 5,000 pengunjung memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka di Dewan Besar Kampung Permai Machap Umboo, malam tadi.

Lebih istimewa, sambutan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari yang secara tidak langsung membuktikan semangat Perpaduan dalam kalangan wakil rakyat.

Terdahulu, acara yang bermula jam 8 malam itu diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan antaranya tarian naga, nyanyian, acara menggaul Yee Sang dan simbolik ‘menghidupkan’ naga yang baharu.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#ChineseNewYear2023
#cny2023
#gongxifacai
#selamattahunbaharucina
#Machap
#MelakaHariIni
#MHI
#melakatv

Views:

23 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy