Cucur Udang Baha Paling Lejen Di Alor Gajah

Siapa yang tak kenal cucur udang legend Abang Baha ni jangan mengaku orang Melaka lah! Kalau lalu dekat Alor Gajah, memang cucur udang sajalah bermain dalam kepala kan?

Cucur udang Alor Gajah ni memang lain daripada lain. Bahan-bahan dia meriah tak kedekut, sos cicah pula memang pekat, manis, pedas semua cukup.

Bak kata orang Melaka, memang hawau betul lah! Ranap diet kalau dah ‘mentedaghah’ cucur udang Alor Gajah. Meh bawa satu keluarga datang sini.

📍Medan Selera Menggong, Alor Gajah
(Beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang)

#MelakaFoodie
#JalanJalanCariMakan
#MakanApaHariIni
#CucurUdang
#AlorGajah
#MelakaFoodBuzz
#MFB
#MelakaTV

Views:

55 views

Share and Enjoy !

Shares