15 Jan – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM880,000 menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka untuk disalurkan sempena setiap perayaan yang diraikan pada tahun ini.
Bagi Sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan sebagai pembuka tirai tahun 2023, seramai 1,160 masyarakat Tiong Hua menerima bantuan dengan menelan peruntukan agihan sebanayk RM232,000.
Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyempurnakan Program Sumbangan Perayaan Tahun Baharu Cina diadakan di Kompleks Japerun Lendu, hari ini.
Hadir sama, Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri, Datuk Kalsom Nordin, Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem, ADUN Kuala Linggi, Rosli Abdullah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka, Burhanuddin Bachik, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh dan lain-lain kenamaan.
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv
#SumbanganCNY
#CNY
#GongXiFaCai
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV