6 Jan – Seorang tentera maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan pacuan empat roda di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) Bertam Putra, kira – kira jam 8 malam tadi. Muhamad Solleh Ramli yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Siasatan awal mendapati mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Sungai Udang menghala ke arah Ayer Keroh telah melanggar seekor anjing sebelum jatuh terseret ke kiri jalan. Pada masa sama, datang sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner 2.5G milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv
#kemalanganmaut
#kemalanganmotorsikal
#melaka
#melakahariini
Views:
94 views