14 Disember – ‘Kalau wakil rakyat ‘text’ tolong jawab, itu teguran dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali kepada mana-mana kakitangan awam Melaka termasuk ketua jabatan yang berlengah-lengah dalam menyelesaikan masalah rakyat.
“Saya serius dengan aduan yang saya terima, ketua wakil jabatan tidak hadir, tidak sekalipun agensi berkenaan hadir. Yang ini saya tidak ada lagi toleransi kepada mereka yang tidak minat bekerja di Melaka dipersilakan.”
“Hari ini hantar orang lain, esok hantar orang lain. Ketua agensi tak pernah datang.”
“Yang ni saya sebut dalam dewan, saya tidak mahu perkara ini berulang!”
“Banyak kerja tertangguh sebab tak ada jawapann, waima wakil rakyat call sendiri tak jawab.”
“Jadi ketua jabatan yang berkenaan saya bagi amaran dalam Dewan yang mulia ni. Saya akan ambill tindakan, kalau tak minat kerja di Melaka let me know.”
“Apabila wakil rakyat hantar text tolong jawab, tolong, saya mohon jangan diulangi perkara ini.”
Katanya, kegagalan menjalankan tugas sebagai ketua jabatan mahupun kakitangan Kerajaan Negeri itu tidak wajar diberikan toleransi.
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv
#TokLeman
#Amaran
#Jabatan
#KerajaanNegeriMelaka
#MelakaHariIni
#MHI