PRU15: 9,570 Tentera dan Pasangan Di Kem Terendak dan Kem Sungai Udang Buat Undian Awal

15 Nov – Seramai 9,570 pegawai dan anggota tentera serta pasangan di Kem Terendak dan Kem Sungai Udang akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum (PRU) 15, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 7,571 merupakan anggota tentera manakala 1,999 adalah pasangan tentera membuat undian awal.

Difahamkan, sebanyak empat pusat mengundi dibuka di kedua-dua kem berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Terendak 1 dan SK Terendak 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terendak dan Dewan Borhan Kem Sungai Udang.

Selain empat pusat mengundi di kem tersebut, undian awal bagi tentera turut dijalankan di tiga lagi pusat pengundian awal (PPA) iaitu di Dewan Sri Beruang dan Bilik Pusat Latih Palapes, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di pusat mengundi SK Terendak 2 mendapati kawalan ketat pada pintu masuk pusat mengundi awal.

Pengundi awal di kem berkenaan dilihat beratur seawal jam 8 pagi sebelum berdaftar di khemah saluran disediakan.

Proses pengundian awal di kem tersebut dijangka berjalan sehingga jam 5 petang nanti dengan dipantau ketat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan kelancaran proses itu.

Mengikut rekod, seramai 10,097 tentera termasuk pasangan di seluruh Melaka dijangka akan menjalankan tanggungjawab mengundi awal bagi PRU-15.

Wartawan lokasi: Faris Haikal Zakaria

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#HariMengundiAwal
#PRU15
#KemTerendak
#KemSungaiUdang
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

12 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy