Melaka Bakal Ada Disney City & Sistem Tren Canggih!

15 November – Disney City dan sistem tren canggih bakal menjadi antara produk pelancongan baharu di negeri Melaka, sekali gus menjadi katalis kepada pelaburan berimpak tinggi di negeri ini.

Menariknya, sistem tren maglev yang diapung oleh daya elektromagnet antara kenderaan dan rel tanpa roda ini selaras dengan matlamat negeri ini dalam membina sebuah bandar hijau.

Manakala, pembinaan taman tema baharu, Disney City dijangka akan menarik kedatangan sehingga 20 Juta pelancong dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Terdahulu, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) telah disaksikan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#DisneyCity
#Disneyland
#Maglev
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

286 views

Share and Enjoy !

Shares