Pru15: Aku Janji Manifesto Kon Qi Yao Utamakan Rakyat

12 Nov – Antara aku janji yang akan dilaksanakan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Melaka, Kon Qi Yao, sekiranya diberi mandat untuk menerajui parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 adalah memanfaatkan peluang ekonomi untuk rakyat hasil ledakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Perkara itu terkandung dibawah teras ekonomi yang akan menarik pelaburan asing berteraskan industri teknologi tinggi yang mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Qi Yao yakin aku janji dan perubahan mampu dilaksanakan berdasarkan latar belakangnya yang berkaitan bidang kejuruteraan selain diiktiraf sebagai Teknologis Profesional (Ts) dan memiliki pengalaman selama 20 tahun dalam industri itu sendiri.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#PRU15
#manifesto
#akujanji
#parlimenkotamelaka
#kotamelaka

Views:

15 views

Shares