Majlis Penutup Tanjung Bidara Beach Clean Up

9 Nov – Majlis Penutup Tanjung Bidara Beach Clean Up di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak bertujuan untuk mengekalkan Tanjung Bidara sebagai lokasi tarikan pelancongan yang bersih dan menjadi antara pantai peranginan terbaik di Melaka yang perlu dipelihara.

Terdahulu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri hadir menyempurnakan pelepasan 300 ekor anak penyu karah ke lautan.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Melaka Yeow Chin Chai, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka Sa’ari Basiron dan Timbalan Pengarah Perikanan Negeri Melaka Nawar Abd Karim.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#penyukarah
#anakpenyu
#tanjungbidara
#melaka
#melakahariini
#MelakaIsThePlaceToBe
#RelaksAtMelaka

Views:

1 view

Share and Enjoy !

Shares