8 November – Tiga aspek utama iaitu kebajikan masyarakat, kebudayaan dan pembangunan ekonomi akan diberikan penekanan oleh Calon Barisan Nasional (BN) Kota Melaka, Kon Qi Yao sekiranya diberi kepercayaan serta mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Parlimen Kota Melaka menyaksikan persaingan empat penjuru antara Khoo Poay Tiong dari Pakatan Harapan (PH); Kon Qi Yao, Barisan Nasional (BN); Dato Dr. Norazlan Shah Hazali, Bebas serta Suhaime Borhan dari Perikatan Nasional (PN).
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv
#pru15
#MalaysiaMemilih
#AndaPenentu
#melaka
#parlimen
#parlimenkotamelaka