Santai Pekena Cekodok Malam-Malam Tepi Pantai ! [Melaka Food Buzz]

7 Nov – Nikmat juga eh malam-malam dapat makan cekodok. Biasa makan cekodok buat minum petang je. Ini makan cekodok, cicah dengan masak lada, air tangan Puan Che Nah atau lebih mesra dipanggil Busu Kina. Pergh, memang kombinasi yang padu lah orang cakap, sampai berpeluh-peluh Bro Z makan ehhhh.

Perniagaan keluarga yang diterajui oleh Shafiq Majid ini, terletak di Pantai Puteri. Jadi, korang boleh bayangkan tak, makan cekodok panas-panas, sambil bersantai di tepi pantai? Fuh, tenang….ribut jiwa….🎶🎶🎶

📍 Cekodok D’Pantai
⏰ Selasa – Ahad , 5:30 petang – 12.00 malam

#cekodok
#cekodokgeragau
#melakafoodie
#melakafoodbuzz
#jalanjalancarimakan
#pantaiputeri

Views:

96 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy