Pru 15: Parlimen Tangga Batu Hadapi Saingan Lima Penjuru

5 Nov – Persaingan lima penjuru berlaku bagi merebut kerusi Parlimen Tangga Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mereka yang sah bertanding ialah Lim Ban Hong (BN), Bakri Jamaluddin (PN), Rusnah Aluai (PH)
Ghazali Abu (Pejuang) dan Mohammad Shahril Mahmood (Bebas).

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Tangga Batu Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz pada jam 10:47 pagi.

Sementara itu, tinjauan Melaka Hari Ini mendapati proses penamaan calon berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang provokasi daripada penyokong parti yang hadir.

Wartawan lokasi : Hanah Idris

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

Views:

55 views

Shares