Atlet Melaka Terima Insentif Berjumlah RM225, 300

2 Nov— Seramai 46 atlet Melaka diberikan insentif khas mengikut tahap pencapaian masing-masing dalam kejohanan sukan yang disertai sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Penerima tertinggi ialah atlet beregu badminton lelaki negara Aaron Chia yang menerima insentif keseluruhan berjumlah RM70,000 di atas kejayaannya muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2022, selain memenangi pingat emas dan gangsa pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Terdahulu Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam,
mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali
hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Insentif Kemenangan Pemenang Pingat di Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel dan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin dan Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka Mahathir Mustafa.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#atletmelaka
#melaka
#majlissukannegeri
#insentif

Views:

15 views

Share and Enjoy !

Shares