Draf Rancangan Tempatan, Perkasa Potensi Alor Gajah

17 Oktober – Antara fokus rancangan tempatan ini ialah pembangunan Daerah Alor Gajah sebagai Zon Warisan dan Pelancongan Budaya dengan mengambil kira apa yang terkandung dalam Struktur Negeri Melaka 2035.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali hadir merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) 2035 (Penggantian) di Hotel Ames.

Hadir sama Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan lain-lain kenamaan.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#MPAG
#AlorGajah
#DrafRancanganTempatan
#MelakaHariIni
#MelakaTV

Views:

45 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy