Teater ‘Pukol Anak Sinday Menantu’ Pementasan Dalam Dialek Peranakan!

15 Oktober – Sebuah teater semi muzikal bertajuk ‘Pukol Anak Sinday Menantu’ akan dipentaskan pada 29 Oktober 2022 (Sabtu) jam 8.30 malam bertempat di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka.

Pementasan teater itu bersempena dengan Festival Kemegahan Budaya Baba Nyonya yang berlangsung selama tiga hari bermula 28 Oktober 2022 bertemakan “Warisan Seni Budaya Baba Nyonya Melaka”.

Membawakan kisah keluarga peranakan dengan membariskan pelakon seperti Cedric Tan, teater ini akan menyajikan penonton suatu hiburan tentang kepelbagaian masyarakat yang hidup dalam sebuah komuniti dan menyimpan dendam sejarah silam masing-masing.

Hendak dijadikan cerita, anak-anak mereka yang belajar di luar negara pula bertemu dan jatuh cinta di Malaysia. Ops!

Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan pertembungan generasi baharu dan lama ini digarapkan menerusi teater semi muzikal yang disulami lagu-lagu peranakan oleh pasukan pemuzik kombinasi peranakan Keluarga Malaysia Melaka serta para artis budaya Kumpulan Kesenian JKKN Melaka.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#JKKN
#Teater
#PukolAnakSindayMenantu
#TeaterPeranakan
#FestivalKemegahanBudayaBabaNyonya
#MelakaHariIni
#MelakaTV

Views:

128 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy