KM Raikan Bayi ‘Qurratu A’yun’

9 Oktober – “Semoga menjadi anak penyejuk mata, sentiasa menggembirakan hati ibu bapa dan menunjukkan teladan terbaik,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali pada program meraikan kelahiran anak Qurratu A’yun di Hospital Melaka hari ini.

Menurutnya, sempena hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, beliau turut mendoakan 19 orang bayi yang dilahirkan setakat malam tadi menjadi anak soleh dan solehah.

Hadir sama dalam program itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat serta Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Md Rawi Mahmud.

Sebanyak 70 cenderahati diberi kepada bayi Qurratu A’yun melibatkan 45 hamper di Hospital Melaka, lima hamper di Hospital Alor Gajah, 15 hamper di Hospital Pakar Putra Melaka dan lima lagi di Hospital Jasin.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#bayimaulidurrasul
#maulidurrasul2022
#QurratuAyun
#12RabiulAwal
#MelakaHariIni
#MelakaTV

Views:

5 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy