3,000 Berselawat Di Malam Cinta Rasul

9 Oktober – Kira-kira 3,000 pengunjung menghadiri Malam Cinta Rasul, sempena sambutan Maulidur Rasul 1444H, Peringkat Negeri Melaka di Dataran Pusat Islam malam tadi.

Sambutan dimulakan kira-kira jam 6 petang dengan Bacaan Ratib Al-Attas dan Asma Al-Husna oleh pelajar Al-Muhibbin sebelum solat Maghrib berjemaah di Masjid Al Azim disusuli dengan Zikir Munajat bersama jemaah dan penceramah yang hadir.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat dan Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri, Datuk Muhammad Ahyad Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan alunan Mawlid Dibaei, Mahalul Qiyam dan Qasidah oleh Sayyid Arshid Sayyid Yasin sebelum diteruskan dengan ceramah.

Ikuti kami di Telegram: https://t.me/melakatv

#maulidurrasul
#malamcintarasul
#maim
#jaim
#melakahariini
#melakatv

Views:

50 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy