Bajet 2023: Sektor Kreatif Terima ‘Habuan’

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Kerajaan menyediakan pelbagai peruntukan bagi memacu industri kreatif tempatan melalui Bajet 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata antara insiatif itu antaranya Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (DEKAN), Dana Kandungan Digital dan Program Merakyatkan Seni, Budaya dan Warisan.

“Kerajaan akan menyediakan sebanyak RM50 juta dana DEKAN, RM102 juta bagi Dana Kandungan Digital serta RM25 juta untuk mempergiatkan Program Merakyatkan Seni, Budaya dan Warisan di peringkat akar umbi.

“dana DEKAN berjumlah RM50 juta mendorong lebih ramai penggiat filem untuk menerbitkan filem seperti Mat Kilau.

“Manakala dana berjumlah RM102 juta untuk Kandungan Digital pula bagi memasarkan produk penggiat seni seterusnya demi menghasilan lebih banyak karya kreatif dan malar segar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, kerajaan juga bersetuju mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran

– Faris Haikal Zakaria

#bajet2023
#melakahariini
#melakatv

Views:

3 views

Share and Enjoy !

Shares