Bajet 2023: Naik taraf HM menerusi Bangunan Blok Wanita dan Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Bangunan Blok Wanita dan Kanak-Kanak di Hospital Melaka diberikan perhatian untuk ditambah baik dalam pembentangan Bajet 2023, hari ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, sebanyak RM1.8 bilion diperuntukkan bagi pembelian peralatan untuk klinik, hospital dan fasiliti baharu.

“Kerajaan menyediakan RM420 Juta umtuk membaiki hospital, klinik daif serta penggantian peralatan usang di hospital dengan keutamaan kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Tahun hadapan juga beberapa projek akan dibuat melibatkan pembinaan hospital, klinik dan fasiliti kesihatan dengan kos RM1.8 bilion.

“Kita juga akan memperoleh ‘mobile CT- Scan bagi meningkatkan perkhidmatan itu khususnya untuk manfaat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

– Faris Haikal Zakaria

#bajet2023
#melakahariini
#melakatv

Views:

9 views

Share and Enjoy !

Shares