Bajet 2023 : Kerajaan Tawar Pelbagai Tawaran, Galak Pelancongan

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Kerajaan menyasarkan ketibaan pelancong asing lebih daripada 15 juta pelancong dengan nilai pendapatan RM47.6 bilion pada tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi menggalakkan kerajaan menyediakan insentif sebanyak RM25 Juta dengan menawarkan diskaun, baucar dan rebat sehingga RM100.

Katanya, ia termasuklah tawaran dalam aspek penginapan, pakej pelancongan, kraf tangan dan karya seni.

“Hotel di Malaysia wajar memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan kraf tangan di negara ini.

“Kerajaan bercadang memberikan potongan cukai khas kepada hotel yang membeli produk kraf tangan dengan kos pembelian RM500,000.

“Kerajaan akan menumpukan kepada pelancong bernilai tinggi daripada segmen pasaran khusus atau ‘niche market segment’ seperti ekopelancongan, sukan golf dan skuba serta konvensyen antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, bagi memperkukuh pemulihan sektor pelancongan, RM200 juta disediakan untuk galakan, promosi dan pemasaran.

– Faris Haikal Zakaria

#bajet2023
#melakahariini
#melakatv

Views:

5 views

Share and Enjoy !

Shares