Bajet 2023 : Cukai Pendapatan kurang 2 peratus

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan, kadar cukai pendapatan dikurangkan dua peratus.

“Menerusi pembentangan Bajet 2023, banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000, turun daripada 13 peratus ke 11 peratus.

“Banjaran pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000, turun daripada 21 peratus ke 19 peratus.

“Manakala, banjaran pendapatan cukai antara RM250,000-RM400,000 akan digabung dengan banjaran RM400,000-RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

-Faris Haikal Zakaria

#bajet2023
#melakahariini
#melakatv

Views:

17 views

Shares

You might like

© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy