Bajet 2023 : Bas Henti-Henti Melaka diberi perhatian

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Perkhidmatan bas henti-henti di Melaka diberi perhatian kerajaan menerusi peruntukan sebanyak RM180 Juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain Melaka, peruntukan itu termasuklah bagi meningkatkan capaian bas awam di Kota Kinabalu dan Kuching.

“Bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, kerajaan akan terus memberi subsidibdemi meningkatkan capaian pengangkutan awam di seluruh negara.

“Ini kerana perkhidmatan bas henti-henti penting penduduk bandar ke tempt kerja.

“Kita juga akan mengganti 18 buah bas henti-henti MARA di kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

– Faris Haikal Zakaria

#bajet2023
#melakahariini
#melakatv

Views:

23 views

Share and Enjoy !

Shares