Bajet 2023 : Bantuan BKM diteruskan, isi rumah lima anak terima RM2,500

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2,500 bantuan ‘one-off’ untuk isi rumah yang mempunyai lima orang anak atau lebih.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu merupakan kategori baharu dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Turut diberikan, bantuan sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 kepada isi rumah berpendapatan kurang RM2,500.

“Menyedari manfaat Bantuan tunai langsung atau BKM akanbterus ditambah baik.

“Isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 layak menerima RM500 hingga RM1,250.

“Warga emas dan belia masing-masing layak menerima RM600 serta RM350, manakala kerajaan juga menyediakan
bantuan tambahan RM500 kepada ibu dan bapa tunggal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

-Faris Haikal Zakaria

#bajet2023
#melakahariini
#melakatv

Views:

50 views

Share and Enjoy !

Shares