TYT Lancar Pusat Pengumpulan Dan Pengagihan Food Bank Malaysia, Bantu Golongan Memerlukan

4 Oktober – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Rustam hari ini merasmikan Pusat Pengumpulan Dan Pengagihan (Distribution Centre) Food Bank Malaysiabagi membantu mereka yang memerlukan mendapatkan makanan asas untuk keperluan harian. Beliau juga berharap inisiatif itu mendapat sokongan banyak pihak termasuk pengilang serta usahawan di negara ini.

Terdahulu ketibaan Tun Mohd Ali kira-kira jam 11.30 pagi disambut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); Datuk Azman Mohd Yusof; Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem.

Selain Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar.

Pada majlis itu turut diadakan penyerahan bantuan foodbank kepada wakil institusi pengajian tinggi (IPT) serta surat pelantikan rakan strategik.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#DMDI
#FoodBank
#KPDNHEP
#TunAliRustam
#MelakaHariIni
#MelakaTV

Views:

15 views

Share and Enjoy !

Shares