‘Magic Of The Night’ Gegau Bumi Melaka

7 Ogos – Malam Gala Magic of The Night 2022 yang bertemakan Maddana di Bumi Bertuah bertempat di Dataran Sungai Melaka, malam tadi berlangsung dengan cukup meriah.

Program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang diadakan selama tiga hari itu adalah antara usaha menyemarakkan seni dan budaya bertunjangkan ‘Keluarga Malaysia’.

Terdahulu, malam gala itu bermula dengan ucapan aluan daripada Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Santhara dan seterusnya ucapan perasmian oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Gimik perasmian majlis itu telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam sebelum program diteruskan dengan persembahan khas oleh barisan artis terkenal tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Aina Abdul.

Ikuti kami di Telegram Melaka TV ⬇️
https://t.me/melakatv

#MagicOfTheNight
#MOTAC
#MalamGala
#MelakaMagis
#DataranSungaiMelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

31 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy