5 Ogos – Program RIUH Nau! yang menjadikan Melaka sebagai tuan rumah mencipta sejarah dan fenomena dalam industri seni kreatif negara apabila ia mendapat sambutan cukup menggalakkan, malam tadi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, penganjuran itu merupakan kerjasama erat antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOMM) dan Kerajaan Negeri Melaka.
Terdahulu, majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Amy Search, Ruffedge dan Bunkface.
Ikuti kami di Telegram Melaka TV ⬇️
https://t.me/melakatv
#KKOM
#KembaraRIUH
#RIUHNau
#RIUH
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV