Pertandingan Nazam Sempena Sambutan Maal Hijrah Dan Ekspo Tamadun Islam Peringkat Negeri Melaka

31 Julai – 653 peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan Nazam Sempena Sambutan Maal Hijrah dan Ekspo Tamadun Islam Peringkat Negeri Melaka di Dataran Pusat Islam, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan
Kebudayaan negeri, Datuk Muhamamd Jailani Khamis.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Shukri Che Mat, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Abang Sallehuddin Abg Skokeran dan Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (Inswa), Nurman Mohd Baroldin.

Johan bagi kategori terbuka dimenangi kumpulan Sabib Abrar, johan kategori sekolah menengah milik kumpulan Zahratul Iman manakala sekolah rendah dimenangi kumpulan Ikhwan Nunnajah.

#MelakaHariIni
#nazam
#SambutanMaalHijrah
#MelakaTv

Views:

26 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy