Pesilat Negara Bermula Garang

Pesilat Negara beraksi cemerlang dalam Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 yang berlangsung di MITC Ayer Keroh Melaka.

Luqman Laji, Berjaya mara ke pusingan seterusnya apabila menewaskan pesaing dari Brunei Muhd. Ali Saifullah Abdullah Md. Suhaimi dalam acara tunggal lelaki.
Kecemerlangan pesilat negara diteruskan dalam aksi solo kreatif lelaki apabila Mohd. Shukrillah Badrilah mengutip 9.895 mata.

Walau bagaimanapun regu wanita negara yang menggandingkan Merrywati Manuil, Fatin Ardani Zamri dan Siti Khairunnisa Hail terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Indonesia apabila tewas tipis dengan 0.01 mata selepas 9.935 mata.

Namun begitu, Merrywati masih bersaing dalam acara solo kreatif apabila mengumpul 9.935 mata untuk menewaskan jaguh Kazakhstan Traize Regina yang mengutip 9.865 mata.

Juara dunia tiga kali Mohd. Al Juferi Jamari menepati ramalan awal apabila menang selesa ke atas Suraj Kumar dari India untuk melepasi pusingan kelayakan.

#Silat
#Pesaka
#PencakSilat
#WorldPencakSilat
#MelakaHariIni
#MelakaTV

Views:

20 views

Share and Enjoy !

Shares