Sulaiman Rasmi Bangunan Baharu Wisma Perniagaan Cina Melaka Bernilai RM2.5 Juta

24 Jun – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merasmikan Bangunan Wisma Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Melaka (MCCCI), Melaka Raya hari ini.

Bangunan baharu yang menelan peruntukan RM2.5 Juta itu siap dibina selepas kerja-kerja menaik taraf dimulakan sejak 2020 bagaimanapun terdapat kelewatan ekoran pandemik COVID-19.

Penaiktarafan bangunan itu sekali gus menjadi pusat pengurusan perniagaan yang disertai lebih 900 ahli perniagaan Cina di negeri ini.

MCCCI berperanan menjadi pengantara bagi menjana transaksi komersial antara ahli perniagaan tempatan dan luar negara, bekerjasama dengan institut kewangan untuk memberikan pinjaman khas jangka pendek untuk ahli serta membantu peniaga tempatan mendapatkan perkhidmatan tenaga buruh asing.

#MCCCI
#BangunanWismaDewanPerniagaandanPerindustrianCinaMelaka
#AhliPerniagaanCina
#TokLeman
#MelakaHariIni

Views:

2 views

Shares

Leave a Reply

© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy