Ucaptama Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Forum Perniagaan Sarajevo 2022

23 Jun – Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawanan negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan ucaptama pada Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa ke-11 ini – Forum Perniagaan Sarajevo 2022.

Dalam ucaptama beliau turut menyentuh mengenai projek pesisir pantai, Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang disifatkan sebagai satu ‘game changer’ dan akan berfungsi sebagai salah satu komponen ekonomi utama kepada Malaysia.

Katanya, Melaka mempunyai infrastruktur yang sangat baik dan dasar pelaburan yang mesra malah menawarkan peluang dalam pelbagai sektor pembuatan seperti elektrik dan elektronik, automotif, minyak dan gas, aeroangkasa, produk makanan dan lain-lain.

Justeru, kesempatan untuk berdiri pada Forum Perniagaan Sarajevo itu dapat memperkasa hubungan sedia ada dan mewujudkan rangkaian perniagaan baharu serta peluang pelaburan di peringkat global.

#Sarajevo
#PelaburanMelaka
#DatukSeriAbRauf
#ExcoPelaburan
#MelakaHariIni
#MHI

Views:

4 views

Shares

Leave a Reply

© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy