TYT, KM Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kuala Linggi

4 Mei – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Japerun Kuala Linggi, hari ini.

Rumah terbuka anjuran bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop.

Sambutan di Majlis Rumah Terbuka itu amat menggalakkan sehingga setakat jam 1 tengah hari dianggar lebih 2,000 tetamu singgah di rumah terbuka itu.

#RumahTerbukaKualaLinggi
#JaperunKualaLinggi
#KualaLinggi
#Kolinggi
#MelakaHariIni
#MHI

Views:

2 views

Share and Enjoy !

Shares