Tun Mohd Ali Hadir Bacaan Yasin Perdana MBMB

15 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama kira-kira 600 jemaah menghadiri Majlis Kesyukuran Dan Bacaan Yasin Perdana Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, semalam.

Ketibaannya bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman kira-kira jam 6.20 petang, semalam disambut Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir Negeri, Datuk Rahmad Mariman, Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu dan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu dimulakan dengan bacaan yasin dan doa yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Dalam program tersebut, Tun Mohd Ali juga sempat menyampaikan sumbangan kepada 100 anak Tahfiz Darul Ulum Al Arabiyyah Al Islamiyyah, Pulau Gadong.

Views:

0 views

Share and Enjoy !

Shares