“Tarawih, tarawih, tarawih” – ‘Tentera Kecil’ Unit Bergerak Nur As-Saa’dah

6 Apr – Sekumpulan anak-anak sukarelawan dari Unit Bergerak Nur As-Saa’dah membuat hebahan mengenai program-program masjid sempena Ihya Ramadan yang berlangsung selama 30 hari.

Program yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pengkalan Batu bersama Pegawai Syarak itu menggunakan sebuah kereta jenis Hilux dan siren pembesar suara semasa membuat hebahan.

Inisiatif itu dilakukan sebagai satu misi kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengisian ibadah dan pengimarahan masjid.

#MasjidNurAsSaadah
#DUNPengkalanBatu
#PengkalanBatu
#TenteraKecil
#Tarawih
#Hebahan
#VideoViral
#MelakaHariIni
#MHI

Views:

1 view

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy