Km Rasmi Leypark Station, Beramah Mesra Dengan 90 Peniaga

28 Mac – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merasmikan Leypark Station, Pelancaran Bazar Ramadan 2022 & Sembang Santai Bersama Media di Dataran Sejarah Ayer Keroh Melaka.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman Ahli Deean Negara, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan lain-lain kenamaan.

Dalam perasmian itu, Ketua Menteri sempat berbual dengan para peniaga, selain beramah mesra dengan pengunjung yang nyata begitu berpuas hati dengan tarikan di Dataran Ayer Keroh itu.

#LeyparkStation
#TokLeman
#MelakaBebasBerniaga
#MelakakuMajuJaya
#RakyatBahagia
#MenggamitDunia
#HangTuahJaya
#bandarayapintar

Views:

1 view

Shares