Sulaiman Hadir Majlis Subuh Perdana Di Masjid Al-Azim

20 Feb – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hadir menunaikan solat subuh berjemaah sempena Majlis Subuh Perdana di Masjid Al-Azim, hari ini.

Solat subuh itu disertai kira-kira 700 jemaah dengan dipimpin oleh Datuk Ustaz Haji Muhammad Hashim Al-Hafiz.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari, Mufti Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil, Exco Kerja Raya, Datuk Rahmad Mariman dan lain-lain kenamaan.

Terdahulu, beliau hadir di perkarangan masjid kira-kira jam 6.10 pagi ditemani isteri, Datin Seri Utama Munira M. Yusop.

#MajlisSubuhPerdana
#KM
#TokLeman
#SolatSubuh
#MasjidAlAzim
#MelakaHariIni
#MHI
#media

Views:

0 views

Share and Enjoy !

Shares