Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Oleh Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam

8 Feb – Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam tiba di Majlis Perasmian Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka tepat jam 10 pagi seterusnya menerima hormat diraja.

Tun Mohd Ali kemudiannya berkenan melakukan Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama di Dataran JBPM, Melaka.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali
dan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta barisan kerajaan negeri.

#JBPM
#BombaMelaka
#TYTMelaka
#TunMohdAli
#MelakaHariIni

Views:

6 views

Shares