Perayaan Thaipusam Meriah Dalam Norma Baharu

18 Jan – Perayaan Thaipusam oleh penganut Hindu di negeri ini disambut meriah dan penuh tradisi biarpun dalam norma baharu.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di Kuil Sri Subramaniar Devasthaanam, Batu Berendam mendapati, rata-rata penganut Hindu membanjiri pekarangan kuil sekitar jam 7 pagi tadi.

Pasukan keselamatan juga ditempatkan di pintu masuk kuil tersebut dengan hanya satu laluan bagi keluar dan masuk ke kuil ini sahaja dibuka.

Rata-rata penganut Hindu yang hadir memakai pakaian yang berwarna-warni dan seragam dengan ahli keluarga bagi mewujudkan mesej keterangkuman dan keharmonian.

Terdahulu, penganut Hindu mula hadir bagi melakukan upacara mandi susu dan ‘Paal Koodam’ iaitu tradisi membawa belanga berisi susu di atas kepala sebagai simbolik menyempurnakan nazar masing-masing.

#Thaipusam
#TinjauanMHI
#PaalKoodam
#PaalKudam
#MelakaHariIni
#MHI
#media

Views:

8 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy