Parlimen sah bubar

KUALA LUMPUR 10 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini, 10 Oktober 2022.

Pengumuman itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke 14 dibubarkan pada hari ini (Isnin 10 Oktober 2022).

“Saya mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa negeri sudah telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Khas yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen tempatan termasuk platform digital Melaka Hari Ini (MHI) pada 3 petang hari ini.

– FHZ

Views:

17 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy