WRUR TERIMA 1,995 ADUAN RAKYAT, 1,525 SELESAI
5 Disember – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang sudah berlangsung di sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun ini menerima sebanyak 1,955 aduan daripada rakyat.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,525 aduan telah diselesaikan dan bakinya berada dalam tindakan.
Tambahnya, Kerajaan Negeri turut menganjurkan Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Bersama Rakyat (HEBAT) bagi mendengar denyut nadi rakyat dan mencari jalan penyelesaian terbaik.
#wrur #wakilrakyatuntukrakyat #HEBAT #dunmelaka #melakahariini #mhi #melakatv