MELAKA MAHU ANJUR KARNIVAL OKU BESAR-BESARAN – AB RAUF

4 Disember – Kerajaan Negeri akan menganjurkan Karnival Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Negeri Melaka secara besar-besaran bagi mencungkil bakat serta meraikan golongan istimewa tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penganjuran karnival itu bertujuan membuka ruang lebih luas kepada golongan OKU untuk menyerlahkan kebolehan mereka sehingga mampu ditempatkan di pentas bakat yang bersesuaian.

Kerajaan Negeri bersetuju untuk membentangkan inisiatif berkaitan penganjuran karnival ini dalam pengumuman Bajet Negeri Melaka 2026 yang dijadualkan pada Jumaat, 5 Disember 2025 (esok).

🎥 Hasbullah Azhar

#Bajet #BajetMelaka2026 #OKU #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy