3 Disember – Pengunjung bertuah program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, pada 12 dan 13 Disember ini bakal membawa pulang hadiah utama berupa sebuah Proton S70.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, cabutan bertuah ini diadakan sebagai penghargaan kepada peminat sukan permotoran yang hadir memeriahkan perhimpuan edisi kedua peminat motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negara.
🎥 Alya Atiqah
#hadiah #cabutan #bertuah #protons70 #rxzmembersride #mhi #melakahariini #melakatv