APLIKASI ‘ECOSS’ ATASI SALAH GUNA PEMBELIAN MINYAK MASAK

15 November – Pelaksanaan Aplikasi Mobile Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) berupaya mengurangkan isu ketirisan minyak masak peket sehingga 70 peratus di negeri ini.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup Melaka, Allex Seah Shoo Chin berkata, data itu diperoleh berdasarkan pemantauan di sebuah pasar raya di Cheng sejak aplikasi itu diperkenalkan Ogos lalu.

Beliau berkata, kerajaan tidak memaksa pengguna menggunakan aplikasi tersebut, namun inisiatif itu dilihat membantu memastikan kecukupan minyak masak di pasaran serta mengurangkan penyalahgunaan.

🎥 Faiz Hasan

#minyakmasak #minyakmasakpeket #melaka #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy