SIAPAKAH BAKAL UNGGULI CMIEA 2025?
10 November – Bagi memastikan ketelusan dalam menentukan pemenang, para panel penjurian mengikuti Bengkel Proses Penilaian Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri (CMIEA) 2025 di sebuah hotel di Kota Laksamana.
Sebanyak 12 syarikat berimpak tinggi di Melaka bakal berentap bagi mengungguli pelbagai kategori dipertandingkan dalam Anugerah Kecemerlangan Industri Ketua Menteri (CMIEA 2025).
Sebanyak lima kategori utama dipertandingkan antaranya Anugerah Ketua Menteri, Anugerah Kecemerlangan Sektor Pembuatan, Anugerah Kecemerlangan Sektor Perkhidmatan, Anugerah Kecemerlangan Syarikat Paling Berpotensi dan Anugerah Kecemerlangan Kategori Terbuka.
🎥 Faris Haikal Zakaria
#CMIEA2025 #CMIEA #Anugerah #Industri #melaka #KetuaMenteriMelaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV