2 November – Sebanyak 100 aduan dikemukakan penduduk pada penganjuran Hari Aduan Rakyat Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil berkata, aduan paling banyak diterima melibatkan permasalahan infrastruktur seperti isu tanah, perumahan, jalan raya dan longkang.
Selain sesi aduan, aktiviti sukan rakyat dan sukaneka melibatkan penyertaan pelbagai peringkat usia turut diadakan bagi mengeratkan hubungan pemimpin dan masyarakat.
🎥 Zaidi Yaacob
#wrur #duriantunggal #aduan #rakyat #mhi #mhi #melakatv